Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, February 21, 2015

CERITERA ANWAR DARI PENJARA MEMANG SUDAH DIJANGKA

Datuk-Seri-Anwar-Ibrahim300





Bermulanya al-kisah

Cerita Anwar Ibrahim memang tidak ada noktahnya. Dan… ianya bukanlah perkara baru. Jika ketua pembangkang itu di luar, cerita dan kisah di luar yang dicanangkan. Apabila di dalam pula, kisah sedih dari “dalam” pula yang didendangkan.

Berbual dengan rakan-rakan pada hari ketua pembangkang itu dijatuhi hukuman penjara lima tahun berikutan kes liwat, kami semua yakin, tidak lama lagi akan bermulalah pelbagai rungutan dan kisah sedih dari penjara.

Cuma, tidak kami jangka, cerita itu bermula seawal dua atau tiga hari setelah beliau “bermalam” di penjara.

Anwar dijatuhi hukuman pada Selasa 10 Februari, dua hari kemudian Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat meninggal dunia, Kisah “derita” Anwar di penjara di ketahui umum pada 15 Februari melalui anaknya Nurul Izzah yang melawat bapanya itu pada Jumaat 13 Februari.

Berikutan lawatan itu, heboh di media bahawa Nurul Izzah memberitahu Anwar mengalami sakit belakang dan berat badannya menyusut sejak dua atau tiga hari itu dimasukkan ke penjara Sungai Buloh.

Sekarang hampir dua minggu Anwar di penjara, selain kisah sakit belakang, soal tilam nipis dan nyamuk gigit pun sudah heboh diperkatakan.

Pada mulanya saya berhasrat menulis panjang lebar kisah Anwar ni, Namun, sudah ramai yang menulis mengenainya dan kesemuanya sama dengan yang saya fikirkan. Antaranya adalah www.mykmu.net dan www.isuhot.com.

Sandiwara dari penjara bermula

Penulis www.mykmu.net melalui artikelnya bertajuk, “Anwar sakit belakang: baru masuk penjara, sudah cedera?” berkata, baru lima hari berada dalam penjara, Anwar menggunakan anak perempuannya untuk menyampaikan khabar berita kepada rakyat dan berharap mendapat simpati berterusan dari penyokong-penyokongnya.

Kata penulis itu lagi, kenyataan Nurul Izzah mengingatkan drama yang sama Anwar cipta ketika dipenjarakan dari 1998 hingga 2004 di mana pelbagai aksi meraih simpati telah Anwar tonjolkan apabila berpeluang berhadapan dengan orang ramai lebih-lebih lagi di hadapan media.

Sementara itu pula, coretan bertajuk “Sakit belakang: sandiwara sudah bermula, lepas ini Anwar sakit apa pula?” dalam www.isuhot.com pula menyebut, sehari dua ini ramai pemerhati politik dan rakyat Malaysia sedang mengalirkan air mata selepas membaca kenyataan media Nurul Izzah yang mendakwa bahawa ayahnya sedang menderita sakit belakang sejak dihantar mendiami Penjara Sungai Buloh.

“Tapi air mata yang mengalir itu bukanlah disebabkan kesedihan sebaliknya dek kerana geli hati sampai ketawa terbahak-bahak tak kering gusi mengenangkan tayangan sandiwara meraih simpati lakonan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim dan keluarganya kini sudah bermula,” kata penulis blog itu.

Katanya lagi, dah kering idea agaknya asyik mengulang tayang skrip yang sama seperti di zaman reformasi dulu.

Buat roadshow tak sakit pun

Tapi penulis itu yakin ada penyokong Anwar yang akan termakan dengan sandiwara alaf baru itu yang diberi sentuhan serba baru demi meraih simpati umum.

“Baru menghuni penjara tak sampai seminggu sudah sakit belakang, menariknya berminggu-minggu ke sana ke mari buat roadshow ‘Rakyat Hakim Negara’ sebelum hukuman penjara, tak pulak timbul masalah sakit belakang.

“Bercuti sambil berbasikal, menunggang kuda di luar negara boleh pula, dukung dan lambung cucu tak juga sakit belakangnya,” kata penulis lagi.

Penulis juga mengimbas kembali waktu setahun dua sebelum PRU-13 , di mana Anwar dilihat ke hulu hilir naik bas, naik jet untuk berceramah di seluruh negara.

“Sekali pun tak ungkit masalah sakit belakang. Habis PRU-13 buat lagi himpunan sana sini terpekik terlolong tak juga terdengar masalah sakit belakang. Sekarang bila masuk penjara sakit belakangnya terus sahaja datang. Logikkah?” tanya penulis.

Sanggup lakukan apa saja

Selain itu, dulu dengan menggunakan alasan sakit belakang, tidak boleh berdiri dan berjalan, Anwar dan keluarganya mendesak Kerajaan membebaskan Anwar untuk berubat di Jerman konon rawatan dalam negeri tidak meyakinkan. l.

Berikutan itu, NGO dan penyokong Anwar membuat demonstrasi jalanan menuduh kerajaan menzalimi Anwar bila tidak diberi pelepasan meninggalkan negara.

“Mereka percaya buta meski pun rakaman video di hospital ketika itu menunjukkan Anwar boleh berdiri dan duduk sesuka hati,” ujarnya.

Penulis seterusnya menjangkakan dalam tempoh, alasan Anwar sakit belakang akan diguna pakai untuk tujuan politik PKR, silap-silap mereka desak supaya Anwar segera dibebaskan konon atas dasar perikemanusian.

“Jangan terkejut kalau beberapa waktu dari sekarang, juka ada kes lain dibicarakan di mahkamah, tiba-tiba Anwar berkerusi roda dan tengkuknya pula ada penyokong leher seperti dulu. Dalam keadaan terdesak Anwar akan lakukan apa sahaja,” kata penulis itu lagi

Membacakan penulisan www.mykmu.net dan www.isuhot.com saya dapat rasakan bahawa ramai lagi rakyat Malaysia yang terfikir perkara serupa.
Kita tunggu dan lihat sajalah!


0 comments:

share2