Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, January 21, 2015

TOK AWANG SELAMPIT : ISLAM BUKAN PAS DAN PAS HANYALAH SEBUAH PARTI






Pas meninggalkan UMNO konon kerana ingin membangunkan Islam dan mendirikan negara Islam. Namun sehingga kini tiada apa yang benar-benar berasaskan Islam dapat dibangunkan selain dari menanam ketaksuban kepada pengikutnya dan membiarkan mereka merasakan seolah-olah Pas itu Islam dan Islam itu adalah Pas.

Bahkan kepada sesetengah orang, mereka menganggap dengan menyertai Pas segala dosa mereka akan terhapus dan mereka 'sah' akan masuk syurga. Tok tak boleh nak salahkan kepada pengikut Pas semata-mata sebab mereka dah dididik untuk taksub kepada pemimpin yang mempergunakan Islam untuk kepentingan peribadi dan perjuangan parti.

Tok masih ingat, mereka pernah kata undi Pas masuk syurga. Tok tak lupa juga kata mereka sembahayang orang UMNO tak sah, kerana itu adanya sembahyang 2 imam. Tok tak nak salahkan juga kepada pemimpin politik Pas kerana matlamat sentiasa meghalalkan cara. Cuma Tok sangat kecewa kerana adanya manusia yang begitu lemah 'akal'nya sehingga terpengaruh dengna  setiap yang bertopengkan agama.

Tidak Islam kah kita jika tidak menyertai Pas? Jika begitu bagaimana dengan umat Islam negara lain yang sudah tentu tiada parti Pas di negara mereka?

Bagi orang seusia Tok, tentunya sedar bahawa pendirian pemimpin Pas berubah-ubah mengikut kepentingan peribadi dan parti. Jika dulu menuduh UMNO kafir kerana bersahabat dengan MCA, kini mereka sendiri pula bersahabat dengan DAP yang sah kafir harbi.

Banyak lagi contoh-contoh yang Tok dah malas nak sebut kerana semua orang dah tahu melainkan mereka memang jenis berhati batu. Cuma Tok nak bertanya kepada pemimpin-pemimpin Pas, tidak merasa berdosakah mereka kerana menghasut supaya penyokong menjadi taksub kepada mereka sehingga sanggup memusuhi sesama Islam?

Apakah banjir besar di Kelantan ini bala yang diturunkan Allah kepada mereka yang taksub kepada pemimpin dan parti serta menentang kepimpinan yang juga Islam yang juga perjuangkan Islam dalam negara berbilang kaum ini?


Tok Awang Selampit.

0 comments:

share2