Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, January 21, 2015

PEMOHON BANTUAN JANGAN PALSUKAN MAKLUMAT


Datuk Mustafar Ali


Shah Alam - Pemohon-pemohon bantuan banjir dinasihatkan supaya tidak memalsukan maklumat yang mereka berikan bagi mengelak dikenakan tindakan undang-undang.

Penyelaras Jawatankuasa Integriti Pengurusan Tabung Dan Banjir Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Mustafar Ali berkata, penerima bantuan perlu berlaku jujur dan telus agar tidak mengambil hak orang lain.

"Sekiranya ada di antara pemohon yang memalsukan maklumat atau melakukan penipuan dokumen dan sebagainya, mereka boleh didakwa di bawah Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Seksyen 420 Kanun Keseksaan," kata Mustafar dalam suatu kenyataan media.

Mustafar menyampaikan taklimat khas mengenai Jawatankuasa Integriti Pengurusan Tabung dan Dana Banjir di pejabat SPRM Negeri Kelantan, Kota Bharu, hari ini.

Pada sesi taklimat itu, Mustafar turut menunjukkan borang Pengesahan Daftar Nama Penerima Bantuan Ihsan. Borang tersebut sebagai 'Aku Janji' tidak ada pemalsuan atau penipuan oleh pemohon bantuan ihsan banjir.

Hukuman denda RM10,000 atau lima kali ganda nilai suapan dan penjara sehingga tempoh 20 tahun boleh dikenakan sekiranya disabit kesalahan.

Sebelum ini, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed memberitahu bahawa mereka yang membuat tuntutan palsu melakukan kesalahan dan boleh didakwa.


“Kami meneliti borang permohonan untuk bantuan kerajaan dan lampiran aku janji akan disertakan (bagi menentukan butir-butir dalam borang itu benar).

“Jika tidak, tuntutan itu dianggap palsu dan tindakan boleh dikenakan di bawah Seksyen 18, Akta 2009, SPRM yang melibatkan hukuman maksimum hingga 20 tahun (penjara),” katanya Abu Kassim.

0 comments:

share2