Khabarnya kerajaan sudah putuskan tiada lagi pembalakan dalam masa 10 tahun mendatang. Sudah pastinya tindakan ini bila dikuatkuasakan akan mengundang baik dan buruknya. Yang penting adalah pihak kerajaan mesti tegas dengan apa yang dicadangkan, Jangan nanti tak sampai 10 tahun, peraturan ditarik balik akibat ketidak-matangan ketika membuat keputusan. Maka jadilah menteri kita sebagai 'menteri cap ayam'.
Berkali-kali Tok nyatakan bahawa banjir besar kali ini bukan semata-mata disebabkan oleh pembalakan. Ianya juga disebabkan oleh penerokaan tanah untuk pembangunan serta perladangan dan dibandar-bandar ianya kebanyakannya disebabkan oleh sistem perparitan yang tidak sempurna.
10 tahun tanpa pembalakan... 10 tahun pekerja dalam industri perkayuan akan kehilangan punca pendapatan. 10 tahun kilang papan akan ditutup dan bagaimana pula dengan bekalan kayu untuk kegunaan kita nanti?
Apakah kita akan mengimport kayu-kayan dari Canada bagi kegunaan pembinaan perumahan kita nanti? Tentu harga kayu akan naik dan akan turut memberi kesan kepada kita. Mungkin kos untuk rumah juga akan naik?
Cuma Tok harap tidaklah nanti bila bekalan kayu berkurangan harga kayu akan turut naik melambong. Susahlah Tok nak 'repair' reban ayam Tok tu nanti. Dan Tok juga bimbang kalau harga mancis akan jadi RM10.00 sekotak. Bagaimanalah dapat Tok nyalakan api untuk menghisap rokok daun Tok ini nanti. Kerana yang Tok selalu pasti adalah kerajaan sentiasa gagal dalam menentukan harga barangan.
Tok Awang Selampit.

0 comments:
Post a Comment