Foto dan berita: Ramli Abd Aziz
Yayasan Pahang senantiasa berusaha bagi memajukan bidang pendidikan di negeri Pahang. Pengurus Besar Yayasan Pahang yang baharu, Tuan Haji Mahmud bin Nawawi meneruskan visi Yayasan dengan membuka lembaran tahun 2015 ini dengan mengadakan Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang UPSR 2014 pada 16 Januari 2015 di Rompin.
Majlis dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Rompin dilangsungkan di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Rompin dan telah di resmikan oleh YB Adun Tioman, Dato' Mohd Johari Hussein yang juga Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri Pahang.
Seramai 55 orang pelajar telah terpilih menerima Anugerah Pelajar Cemerlang tersebut dari 8 buah sekolah dalam DUN Rompin.
0 comments:
Post a Comment