Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, January 25, 2015

TEMERLOH : SUNGAI PAHANG AKAN DIDALAMKAN

Banjir


Kerajaan negeri akan mendalamkan sungai-sungai utama di Pahang dalam usaha mengatasi masalah bencana banjir yang kerap berlaku terutama pada musim tengkujuh, kata Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama negeri Datuk Syed Ibrahim Syed Ahmad.

Beliau berkata kerajaan telah mengarahkan jabatan terbabit supaya membuat kajian teliti bagi tujuan itu termasuk peruntukan yang diperlukan.

"Kerajaan negeri telahpun membincangkan soal ini dalam mesyuarat mingguan Exco di Kuantan baru-baru ini yang dipengerusikan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob

"Kerja-kerja mendalam sungai berkenaan dijangka dilakukan bermula di Sungai Jelai, Sungai Tembeling dan Sungai Pahang yang dikenal pasti dasar sungainya telah mula cetek," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan pasca banjir bagi penduduk Kampung Paya Jejawi, Kampung Bangau, Sanggang dan Paya Mengkuang di Surau Kampung Paya Jejawi, di sini hari ini, mewakili Menteri Besar Pahang.

Bantuan tersebut sebahagian besar disumbangkan oleh Majlis Agama Islam Wiayah Persekutan (MAIWP). Turut hadir Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) Paimuzi Yahya dan Pegawai Daerah Temerloh Datuk Tarif Abdul Rahman.

Sehubungan itu, Syed Ibrahim yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kerdau tidak mahu penduduk membuat pelbagai tanggapan negatif apabila kerja mendalamkan sungai itu dijalankan kelak.

Beliau berkata kerajaan negeri sering menerima kritikan serta pelbagai tanggapan buruk sebelum ini apabila menjalankan kerja mendalamkan sungai kerana masyarakat setempat mendakwa ia hanya mencemarkan air sungai.

Sementara itu, katanya banjir luar biasa yang berlaku baru-baru ini telah merosakkan sebanyak 20 buah masjid di negeri ini yang sebahagian besarnya terletak di pinggir sungai.

Berikutan itu beliau meminta Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan jawatankuasa masjid serta surau membuat laporan segera kepada kerajaan negeri bagi membolehkan masjid dan surau terlibat dibaik pulih





0 comments:

share2