Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, January 9, 2015

(SAJAK) tiba-tiba langit murka ....

foto dari rakan group Whatsapp


tiba-tiba langit murka'

mengumpul amarah awan
mencurah tangis hujan
3 hari tak berhenti
hidup berdiri diantara mati ...

mana bukit menahan angin
mana hutan menadah hujan
mana kolam, tasik dan paya menakung air?

rupanya kita telah kehilangan segalanya
bumipun telah kita ratakan

ini bumi anak cucu kita 
yang dipinjamkan
bukan milik kita 
yang akan diwariskan

hari 26 purnama 12
alam menghukum kita
kerana tangan-tangan kita sendiri
bumi kita ditenggelamkan
kediaman kita dimusnahkan
biar kita sedar bahawa
bahkan nasi yang kita makan ini
juga bukan hak kita sendiri.


azam abd rahman
jerantut 9 januari 2015

0 comments:

share2