Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, January 5, 2015

POLIS RAKAM KETERANGAN ENAM PELAJAR TERLIBAT BULI


Mohd Nashir


Alor Setar - Polis mengambil keterangan enam murid sebuah sekolah kebangsaan, di sini, bagi membantu siasatan kes buli seorang rakan tahun lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kedah, Asisten Komisioner Mohd Nashir Ya berkata, tiada sebarang tangkapan dibuat.

“Setakat ini, enam pelajar dipanggil dan dirakam percakapan untuk membantu siasatan. Mereka dibebaskan selepas dirakam keterangan,” katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan, satu rakaman video memaparkan seorang murid sekolah dibuli menjadi viral di laman sosial.

Menurut laporan itu, video berdurasi 1 minit 51 saat itu mencetuskan kegusaran dan kemarahan orang ramai.

Kes dipercayai berlaku di sebuah sekolah kebangsaan dekat pusat bandar, di sini, pada September lalu.

Video itu bermula dengan beberapa murid berusia 12 tahun bertindak menendang pada bahagian muka mangsa.

Tidak cukup dengan itu, muka mangsa kemudian ditutup menggunakan bakul sampah dan diletakkan penyapu.

0 comments:

share2