Keretakan sebagaimana yang dilaporkan media sosial
Rakaman video PahangKu Media
KUANTAN - Anih Berhad menasihatkan pengguna lebuh raya supaya tidak terus percaya dengan khabar angin atau berita tidak sahih mengenai keadaan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) yang dilanda banjir minggu lalu.
Ketua Bahagian Komunikasinya, Fazlyaton Hussein berkata, pihaknya akan terus memaklumkan perkara itu kepada media dari semasa ke semasa jika keadaan memerlukan.
Menurutnya, terkini, Anih Berhad memantau struktur Jambatan Sungai Pahang berdekatan rehat dan rawat, Temerloh Lebuhraya Pantai Timur 1 berikutan laporan di media sosial mengenai keselamatan jambatan itu.
“Pihak kami mendapati ada sedikit regangan di antara konkrit parapet jambatan yang mana ia adalah situasi biasa,” katanya melalui kenyataan media di Pahang, semalam.
Beliau berkata, struktur jambatan adalah selamat untuk dilalui dan orang ramai disarankan supaya tidak cemas dengan situasi itu.
Selain itu, beliau turut memaklumkan, sehingga jam 3.30 petang, laluan Chenor-Temerloh-Chenor dan Lanchang masih ditutup berikutan limpahan air ke lebuh raya di Kilometer 126 sejak awal minggu lalu.
Fazlyaton berkata, pengguna yang mahu mendapatkan maklumat tepat mengenai keadaan lebuh raya berkenaan boleh mengikuti @lppttrafik atau LPTline di talian 09-5479111.
Bagaimanapun, keadaan cuaca terang dalam tempoh dua hari, lebuhraya itu bertambah baik di Kilometer126 dan Kilometer 124 tetapi belum dibuka kepada pengguna.
“Orang ramai juga masih menjadikan kawasan rehar dan rawat Temerloh sebagai tempat untuk berlindung sementara,” katanya.
0 comments:
Post a Comment