BIASANYA, jika ada sesiapa di kalangan orang Melayu bangkit isu 13 Mei, yang pertama akan bersuara mengaitkan tragedi itu dengan UMNO ialah Lim Kit Siang. Ada kaitan takde kaitan, itu cerita lain, kait dengan UMNO dulu. Tujuannya tu mudah saja, nak tutup hakikat bahawa DAP ada ‘peranan’ dalam tercetusnya tragedi hitam tersebut.
Sekarang Hadi Awang, seorang Melayu merangkap Presiden PAS pulak kaitkan cadangan pilihanraya tempatan yang DAP perjuangkan dengan 13 Mei, macam manalah agaknya perasaan Kit Siang. Masih nak kaitkan dengan UMNO?
Rakyat menunggu bila Kit Siang nak bukak mulut atau dah terkunci mulut tu tergamam sebab tuduhan ini datang dari dalam kelambu sendiri? Tak hairanlah kenapa DAP hantar ADUN Balakong yang namanya jarang kita dengar untuk ulas kenyataan Hadi Awang tu.
Mungkin Kit Siang hilang bahasa nak komen macam mana sebab datang dari teman sebantal sendiri.
Bagaimanapun bagi penulis, kenyataan Hadi mengaitkan DAP dengan 13 Mei ini menunjukkan bahawa pergeseran DAP dan PAS sudah semakin melebar, bukan retak menanti belah lagi tapi lebih teruk dari itu – sangat teruk sehingga belum ada peribahasa dicipta untuk menggambarkan ‘keterukkannya’.
Yang nyata, mengaitkan DAP dalam apa cara sekalipun dengan 13 Mei adalah satu pantang besar dalam hidup Kit Siang. Andaiannya, lagi baik kencing atas kubor nenek moyang daripada kaitkan DAP dengan 13 Mei. Sekarang, dahlah pantang itu dilanggar, yang langgar pulak sama-sama sekongkol dalam Pakatan Rakyat!!
Mana Kit Siang nak letak muka dengan orang cina yang ditipu dalam PRU13 dulu kononnya DAP boleh kawal PAS sehingga cina bagi 90% undi kepada PAS.
Anwar ternyata gagal nak kawal semua ini walaupun dia digembar gembur sebagai seorang yag bijaksana dan boleh selesai segala masalah dalam dunia. Nak selesai masalah gaduh PAS dengan DAP pun tak mampu, apa cerita masalah yang besar-besar lagi?
Hakikatnya, Anwar memang tak pernah dalam apa keadaan mengawal DAP dan PAS, lagak saja lebih. Tu pasal pendekatan yang Anwar pilih senang, cipta macam-macam drama untuk alihkan perhatian rakyat dari pergolakan dalaman DAP-PAS yang semakin parah.
Apa selepas ini?
Penulis jangka, gerakan untuk menyingkirkan Hadi akan bertambah hebat. Kepala-kepala liberal dalam PAS macam Mat Sabu, Khalid Samad dan seorang dua lagi akan ketuai gerakan itu, terutama Mat Sabu sebab dia setakuk kdibelakang Hadi dan gajinya dibayar DAP melalui jawatan dalam Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang.
Silap-silap haribulan, tak sempat pemilihan baru, Hadi dah kena buang.
Cuma, sedikit masalah. PAS tak beroperasi macam parti yang biasa. Hieraki tertinggi parti itu adalah Majlis Syura Ulama yang hampir kesemuanya pro Hadi Awang. Dulu ada Nik Aziz yang boleh Anwar perkotak katikan, sekarang Nik Aziz berada di antara dua alam, siapa yang nak diharapkan?
0 comments:
Post a Comment