Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, January 19, 2015

BEKAS KEKASIH BRITNEY SPEARS MATI DITEMBAK



California - Bekas teman lelaki bintang Hollywood, Britney Spears dilapor terkorban ketika sedang menjalankan tugas di Afghanistan, minggu lepas.

John Sundahl, 44, dikatakan sedang menerbangkan sebuah helikopter sebelum ditembak oleh peluru berpandu oleh anggota Taliban.

Menurut laporan dari portal berita Daily Mail, Sundahl dan Spears bertemu di sebuah majlis di Los Angeles pada tahun 2007.

Sundahl dikatakan banyak membantu Spears dalam menangani masalah ketagihan dadah yang dihidapi oleh penyanyi beranak dua itu.

Hubungannya dan Spears dikatakan berakhir untuk beberapa ketika, namun mereka dikatakan berbaik semula sebagai teman rapat.

Malah Sundahl dilaporkan kerap mengadakan pertemuan dengan Spears selepas musim panas tahun lepas.

Spears, 33, dikatakan amat berdukacita saat mendengar khabar berita tersebut.

0 comments:

share2