Temubual PahangKu bersama Usamah Zaid, Pengerusi Kelab UMNO Jepun
mengenai peremajaan UMNO.
Ramai kalangan pemimpin dan ahli UMNO bercakap mengenai peremajaan UMNO, namun pendapat mengenainya juga tidak serupa.
Golongan 'lama' dengan penuh kebimbangan dan keresahan melihat bahawa peremajaan itu akan menggantikan semua mereka diperingkat cawangan dan bahagian, justeru mereka melihat peremajaan UMNO dengan penuh syak wasangka.
Menurut pendapat Sdr Usamah Zaid, peremajaan UMNO bukanlah secara langsung memberi tempat dan jawatan kepada anak-anak muda didalam kepimpinan, namun ianya adalah memberikan peluang dan ruang kepada anak muda untuk lebih dekat dan memahami perjuangan parti, memberi pendapat dari sudut pandangan mereka kemudian barulah menggantikan pemimpin yang sudah tidak mampu berperanan dengan baik.
Apa yang dilakukan UMNO dewasa ini dengan memberikan mereka peluang menghadiri Perhimpunan Agung UMNO adalah satu usaha yang baik dan berkesan untuk mendekatkan golongan muda dengan UMNO. Mungkin lebih banyak tempat patut diberikan kepada mereka.
Jika parti Pas sanggup berbelanja besar dengan pergi keluar negara semata-mata untuk merekrut pelajar-pelajar supaya menyokonhg perjuangan Pas, kenapa UMNO tidak boleh melakukan perkara sama. Itulah kelemahan sebenar UMNO apabila suatu ketika dulu memandang remeh akan kekuatan dan usaha Pas dalam menarik minat golongan muda terutama pelajar diluar negara.

0 comments:
Post a Comment