Kuala Terengganu - Institut al-Quran di Padang Midin dekat sini telahpun mendapat pengesahan daripada Kementerian Pendidikan untuk dinaik taraf sebagai Kolej Universiti, kata Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman.
Serentak itu, katanya, satu program baharu akan diperkenalkan untuk pelajar tingkatan empat iaitu program Yusuf Al Qardhawi yang akan mengambil 30 pelajar cemerlang sebagai pelajar perintisnya mulai tahun depan.
Beliau berkata program yang menggabungkan bidang sains dan agama ini akan menjadi platform dalam usaha melahirkan semula ulama tersohor negeri ini.
"Tiga puluh pelajar perintis itu terdiri daripada mereka yang cemerlang dalam Penilaian Menengah Rendah baru-baru ini dan mestilah menghafaz 30 juzuk al-Quran sebagai kriteria utamanya," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini semalam.
Penaiktarafan Institut al-Quran kepada Kolej Universiti itu merupakan satu daripada 18 Aku Janji Barisan Nasional Terengganu pada PRU13.
0 comments:
Post a Comment