Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, December 21, 2014

THAILAND JUARAI PIALA AFF SUZUKI 2014


Piala AFF Suzuki 2014


Thailand muncul juara Piala AFF Suzuki 2014 selepas menang agregat 4-3 ke atas Malaysia pada aksi final kedua di Stadium Nasional Bukit Jalil di Kuala Lumpur, malam tadi.

Skuad 'Gajah Perang' kendalian Kiatisuk Senamuang kalah 2-3 kepada Malaysia pada aksi timbal balik namun muncul juara susulan kemenangan 2-0 yang diraih pada aksi final pertama di Stadium Nasional Rajamangala, Bangkok, Rabu lepas.

Malaysia mendahului Thailand 2-0 pada separuh masa pertama melalui jaringan Safiq Rahim pada minit ke-6 dan Indra Putra Mahayudin pada m-47.

Bersambung babak kedua, skuad Harimau Malaya kendalian Dollah Salleh kembali menggandakan serangan dan Safiq menambah gol peribadi menerusi sepakan percuma cantik pada minit ke-58.

Namun skuad Gajah Perang kembali memperkemaskan jentera serangan dan berjaya mengikat agregat menjadi 3-3 pada m-81 hasil jaringan penyerang kelahiran Switzerland, Charyl Yannic Chappuis.

Thailand memastikan kejuaraan menjadi milik mereka dengan gol Chanathip Songkrasin pada minit ke-88.

Kejayaan berkenaan yang keempat diraih Thailand selepas muncul juara pada tiga edisi terdahulu - 1996, 2000 dan 2002.

0 comments:

share2