Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, December 20, 2014

ESSCOM ERAT KERJASAMA DENGAN PENDUDUK

Ketua Penolong Pengarah Seksyen Komunikasi Strategik, Mohd. Aziz Marinsah.




LAHAD DATU: Program Semarak Bersama Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) peringkat daerah Kinabatangan akan diadakan Ahad ini, di Dewan Sri Lamag, Kinabatangan.

Ketua Penolong Pengarah Seksyen Komunikasi Strategiknya, Mohd Aziz Marinsah berkata, program itu, bertujuan mewujudkan jaringan kerjasama dengan pemimpin masyarakat dalam aspek penyaluran dan penyampaian maklumat keselamatan.

“Pihak ESSCOM telah mengatur beberapa program pengisian termasuk pameran, perkhidmataan kaunter, taklimat keselamatan, sesi dialog dan pemeriksaan kesihatan. Kita mengalu-alukan kehadiran orang ramai terutama pemimpim masyarakat di situ bagi memeriahkan program tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Aziz berkata, program yang akan disertai sekitar 20 agensi Persekutuan dan negeri itu dijangka dirasmikan oleh anggota Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Mokhtar.





0 comments:

share2