Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, December 20, 2014

HAWK BANTU KESELAMATAN ESSZONE

HAWK... Melaksanakan operasi pemantauan ruang udara di Sabah, Sarawak dan Laut China Selatan. - foto Ille Liyana / SayangSabah




TAWAU: Selaras dengan operasi keselamatan di Wilayah Udara 2 yang meliputi Sabah dan Sarawak telah menempatkan skuadron pesawat pejuang di Pangkalan Udara Labuan sejak awal November lepas.

Panglima Angkatan Bersama, Leftenan Jeneral Datuk Affendi Buang berkata, Labuan merupakan lokasi yang strategik untuk penempatan pesawat pejuang tersebut yang dapat melaksanakan operasi pemantauan ruang udara di Sabah, Sarawak dan Laut China Selatan.

“Skuadron ini adalah terdiri dari pesawat pejuang jenis Hawk yang akan terlibat secara langsung melaksanakan misi di Wilayah Udara 2 khususnya dalam memastikan kedaulatan dan keselamatan negara terutama di Sabah dan Sarawak terus terjamin,” katanya pada sidang media di Lapangan Terbang Tawau di sini hari ini.

Menurut beliau, TUDM akan menambah bilangan pesawat Hawk di masa hadapan.

Katanya, pada masa yang sama juga operasi TUDM di kedua-dua negeri itu juga turut dibantu aset pesawat seperti B200T Maritime Surveillance, pesawat pengangkut C130, Tanker KC130 dan helicopter Nuri serta EC725.

Oleh itu, beliau berkata, TUDM juga bercadang untuk mempelbagaikan pesawat tentera di Labuan secara bergilir.

Sementara itu, Affendi juga berkata bahawa, lapangan terbang Tawau merupakan salah satu lokasi yang akan digunakan oleh Skuadron dalam pelaksanaan operasi di pantai timur Sabah khususnya wilayah Esszone.

Katanya, penempatan Skuadron Hawk di Tawau adalah bagi memberi sokongan kepada aset pertahanan negara yang sedia ada di pantai timur negeri ini selain bertujuan memberikan keyakinan kepada rakyat di Sabah Sarawak mengenai komitmen tinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menjaga keselamatan negara.

“Langkah ini juga membuktikan kesiagaan operasi TUDM yang meliputi aspek pesawat, system dan persenjataan serta modal insan sentiasa berada di tahap yang terbaik,” katanya lagi.

Terdahulu, TUDM mengadakan demontrasi pertahanan antaranya serangan udara pesawat Hawk dan kaedah menyusup keluar masuk ke kawasan musuh dengan menggunakan helikopter Nuri.

Selain itu, wakil media turut diberi peluang menaiki helikopter TUDM untuk meninjau sekitar kawasan dan perairan yang termasuk dalam Esszone.

FW9A9920


HEBAT... Antara demontrasi yang dipamerkan oleh TUDM. - foto oleh Ille Liyana / SayangSabah








0 comments:

share2