Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, December 21, 2014

KESELAMATAN SABAH BUKAN OMONGAN KOSONG


Tawau - Isu keselamatan Sabah sangat mencabar kerana Sabah mempunyai perairan terbuka sepanjang 1,400 kilometer dan mempunyai komposisi penduduk Sabah yang mempunyai sejarah asal usul yang unik. 

Sehubungan dengan itu, Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) menempatkan skuardon pesawat pejuangnya di Pengkalan Udara Labuan bagi menjalankan operasi keselamatan di Wilayah Udara 2 yang meliputi negeri Sabah dan Sarawak. 

Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Tawfiq Abu Bakar mengucapkan penghargaan kepada kerajaan persekutuan, YAB Perdana Menteri YAB Dato’ Sri Najib Tun Razak dan Menteri Pertahanan YB Dato’ Sri Hishamuddin Tun Hussein kerana memberi komitmen yang tinggi bagi memastikan keselamatan di Negeri Sabah. 

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media selepas menyaksikan demontrasi aset pertahanan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Lapangan Terbang Tawau. 

“Penempatan aset pertahanan negara di Negeri Sabah diberi keutamaan, memberi kelegaan kepada rakyat dan membuktikan apa yang diperkatakan selama ini bukan retorik tetapi telah dibuktikan serta aset pertahanan ini akan dipertingkatkan dari masa ke semasa,”katanya. 

Beliau berharap rakyat Sabah memberikan kerjasama sepenuhnya bagi memastikan keselamatan bersama. “Tiada guna jika ada aset pertahanan yang canggih tetapi masih dapat dicerobohi oleh musuh luar disebabkan terdapat dalang serta kekurangan kerjasama di antara masyarakat dan pihak berkuasa berkenaan,” ujarnya. 

Diharap dengan kehadiran pesawat pejuang Hawk dan aset-aset pertahanan serta kerjasama rakyat Sabah dengan pihak keselamatan dapat menjamin keselamatan rakyat dan perairan Sabah sekali gus dapat sifar dari berlaku jenayah dan pencerobohan rentas sempadan.

0 comments:

share2