Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, December 20, 2014

TERIMA KASIH DS HISHAMUDDIN HUSSEIN - LAWATAN KE PAMERAN UDARA TUDM TAWAU

 Bersedia menaiki C130 ... game?






'Pahangku Media' dipelawa untuk menyertai satu lawatan khas bagi melihat pameran dan persembahan oleh Angkatan Tentera Udara Malaysia di Pengkalan Tentera di Tawau, Sabah pada 19 Disember 2014 lalu (semalam).

Kami dibawa dari Subang ke Labuan dan seterusnya ke Kota Kinabalu pada 18 Disember dengan menaiki pesawat tentera C130. Bermalam di Kem Tentera di Lok Kawi sebelum terbang ke Tawau ke esokkannya. Sebelah malamnya kami dijamu dengan makan malam 'Sea Foods' di 'Dataran Todak' di Kota Kinabalu.

Bangun seawal 5.00 pagi untuk ke Lapangan Terbang KKIA2 untuk perjalanan ke Tawau dimana kami berpeluang menonton pameran dan persembahan udara yang disediakan. Antaranya adalah; Simulated Strike dari 3 buah pesawat pejuang Hawk, Fast Roping Demo dan Spie Rig Demo oleh PASKAU.

Sebelum sajian makan tengahari dan berangkat pulang dari Tawau ke Kota Kinabalu, Media dibawa menaiki pesawat 'Heli' selama 45 minit untuk meninjau pulau-pulau disekitar perairan Tawau, Sabah dari udara. Seramai 20 media menaiki pesawat Nuri manakala seramai 15 orang menaiki pesawat EC725.

Kesemua wakil media menyatakan rasa puashati mereka dengan keseluruhan acara lawatan terutama apabila berpeluang melihat pulau-pulau di sekitar Tawau melalui udara. Pihak PahangKu Media juga berharap pada masa depan peluang-peluang seperti ini juga akan ditawarkan kepada pihak media untuk lebih dekat dengan Angakatan Tentera Laut dan Darat agar dapat menyampaikan maklumat kepada masyarakat mengenai ketenteraan kita.

Media 'Sayang Sabah' juga turut menyertai program berkenaan dengan menghantar juga seramai 3 orang karyawannya untuk melapor kegiatan sepanjang program berkenaan berlangsung.

Terima kasih DS Hishamuddin Hussein, Menteri Pertahanan Malaysia, semua pegawai dan kakitangan Tentera Udara Malaysia di Subang, Labuan, Kota Kinabalu serta Tawau atas segala kerjasama dan layanan baik sepanjang program berlangsung selama 2 hari ini.

Terima kasih juga yang tiada terhingga kepada Pn. Kolnel Fazilah dan Pn. Salmah serta ahli rombongan TUDM dan Kementerian Pertahanan yang turut serta sepanjang program berlangsung.



Makanan ringan yang ketika penerbangan didalam C130

Gambar kenangan bersama Pegawai TUDM di KK

0 comments:

share2