Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, December 20, 2014

MURID DAPAT 5A DIBANTU


Azmawi Fikri (dua, kiri) bersama Anis Syafila selepas menyampaikan sumbangan kejayaan UPSR.


Gua Musang - Seorang murid cemerlang 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) menerima sumbangan daripada Pemuda Umno bahagian yang berkunjung ke rumahnya di Taman Sejahtera Chin Teck, di sini, kelmarin.

Sumbangan itu disampaikan Bendahari Pemuda Umno, Azmawi Fikri.

Walaupun bergelar anak yatim, Anis Syafila Razae yang belajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Gua Musang gembira menerima kunjungan pemimpin Pemuda Umno bahagian untuk sama-sama meraikan kejayaannya.

Katanya, dia juga berhasrat untuk memberi tumpuan kepada pelajaran selepas ini agar lebih berjaya dalam bidang yang diimpikannya nanti.

“Buat masa ini saya tidak mahu fikirkan lagi soal pekerjaan dan kalau boleh akan terus melanjutkan pengajian ke tahap lebih tinggi untuk mengejar impian kejayaan seperti yang diharapkan keluarga.

“Kejayaan ini juga menyedarkan saya adalah anak yatim selepas bapa saya, Razae Sulaiman meninggal dunia sembilan tahun lalu, dan kini tinggal bersama ibu, Hasni Ali, 52, yang bekerja sebagai buruh mencuci gerabak penumpang kereta api,” katanya.

Sementara itu, Azmawi pula berkata, Pemuda Umno bahagian mengucapkan syabas dan tahniah kepada Anis Syafila di atas kejayaan cemerlang itu.

Beliau berkata, pihaknya bersama barisan kepimpinan termasuk Umno bahagian yang diketuai Tengku Razaleigh Hamzah juga turut bersimpati dengan nasib hidup keluarganya.

“Apa pun kerajaan sudah membantu keluarga Anis Syafila dengan memberi rumah di bawah Program Bantuan Rumah (PBR) di Taman Sejahtera Chin Teck yang lebih selesa.

“ini dapat membuktikan kerajaan BN tidak pernah pinggirkan keluarga penduduk miskin, sebaliknya terus diberi pembelaan sepanjang masa,” katanya.

0 comments:

share2