Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, December 20, 2014

BUKIT TINGGI: TRAUMA BERDEPAN DETIK CEMAS


Rumah milik mangsa yang didatangi empat penyamun bersenjatakan parang, kelmarin.


Bukit Tinggi - Tujuh sekeluarga termasuk seorang kanak-kanak tujuh tahun dan dua bayi masing-masing berusia setahun dan seminggu disamun dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Bukit Tinggi, Kampung Baru Bukit Tinggi, di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Mohd Mansor Mohamad Nor berkata, kejadian yang berlaku sekitar jam 10.30 pagi itu menyebabkan mangsa kerugian sekitar RM50,000.

Menurutnya, keluarga terbabit didatangi empat lelaki bertopi dan menutup muka bersenjatakan parang rambo.

“Berdasarkan siasatan, keluarga terbabit didatangi empat suspek yang bertutur dalam bahasa Kantonis. Kesemua suspek menutup mulut dan hidung serta memakai topi pelbagai jenis antaranya topi kebun berwarna coklat,” katanya sambil memberitahu a kesemua suspek
memakai sarung tangan kain berwarna biru ketika kejadian.

“Suspek dikatakan telah mengikat kesemua mangsa menggunakan ‘cable tight’ dan meletakkan kesemua mangsa kecuali dua bayi terbabit di dalam sebuah bilik di tingkat bawah rumah.

“Suspek kemudiannya menggeledah rumah mangsa berdasarkan keadaan kesemua bilik rumah berkenaan yang berselerak dan dokumen dalam laci bertaburan,” katanya.

Menurutnya, berdasarkan siasatan juga mendapati beberapa barangan berharga milik mangsa telah hilang termasuk wang tunai, barang kemas dan barangan berharga lain dengan anggaran jumlah kerugian sekitar lebih kurang RM50,000.

“Sebaik suspek berjaya melarikan diri, salah seorang mangsa berjaya mengambil gunting dan membuka ikatan masing sebelum meminta bantuan rakan untuk menghubungi pihak polis.

“Kesemua mangsa bagaimanapun tidak mengalami kecederaan. Siasatan di persekitaran tempat kejadian juga mendapati tiada saksi yang nampak kejadian terbabit,” katanya dan memberitahu kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

0 comments:

share2