Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, December 6, 2014

SUNGAI JANGAN DIJADIKAN TEMPAT PEMBUANGAN SISA KOTORAN

Sisa sampah di Parti Fall dari hasil carian di google


Selama ini sudah menjadi resam di negara kita serta dibeberapa negara di dunia ketiga menjadikan sungai sebagai tempat sisa buangan. Ianya berlaku bukan sahaj di bandar-bandar malahan didaerah pedalaman juga. Sungai-sungai derita sejak sekian lama dijadikan sebagai tempat pembuangan najis dan kotoran serta sampah sarap.

Di pusat peranginan sekalipun keadaan demikian tetap berlaku. di Cameron Highlands umpamanya, air terjun 'Parti Fall' yang tercatat dalam peta pelancongan sebagai salah satu destinasi lawatan namun airnya tercemar dimana segala kumbahan dan air longkang mengalir kesana. Justeru bagaimana pelancong diharapkan untuk menikmati keindahan alam semulajadi disana?

Kerajaan dan pihak berkuasa perlu ada satu pelan tindakan dan perkuat-kuasakan sistem saliran diseluruh negara agar sampah sarap dan sisa kumbahan tidak dialirkan terus ke parit-parit dan sungai-sungai.

Dikebanyakan negara di eropah dan Korea juga, air sisa dari longkang-longkang perumahan ditapis dan dirawat terlebih dahulu sebelum dialirkan ke parti dan sungai-sungai bagi memastikan sungai kita terus kekal hidup dan memberi kehidupan kepada manusia serta haiwan.

Kerajaan perlu lakukan sesuatu sebelum terlambat, namun sikap kita sebagai warga yang cintakan keindahan dan bergantung hidup kepada sumber air dari sungai-sungai juga perlu diubah. Kempen 'Cintai Sungai Kita' mungkin masih belum benar-benar dihayati bukan sahaja oleh rakyat namun oleh agensi yang melaksanakannya sendiri.

Sikap mencakna yang masih belum benar-benar tersemat dihati kalangan kita terhadap sungai membenarkan kita manjadikan sungai sebagai tempat membuang sisa kotoran dan berlanjutan dari generasi ke generasi dan zaman berzaman.

Cintailah sungai kita dan cintailah alam sekitar yang dipinjamkan dari generasi akan datang, dan ianya bukanlah apa yang kita wariskan kepada mereka.

0 comments:

share2