Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, December 16, 2014

SIDANG DUN PAHANG : CAMERON HIGHLANDS SELAMAT DIKUNJUNGI



KUANTAN – Cameron Highlands terkenal sebagai kawasan pelancongan tanah tinggi yang sejuk dan menjadi tarikan pelancongan samaada domestik mahupun luar negara. 

YB ADUN Tanah Rata mengemukakan soalan tambahan semasa Sidang DUN Pahang kepada pihak kerajaan berkenaan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang kononnya pernah mengeluarkan kenyataan bahawa Cameron Highlands sudah tidak lagi selamat untuk dilawati. 

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan sebelum menjawab soalan itu bertanya kepada ADUN Tanah Rata, "dari sumber mana petikan kenyataan itu diperolehi"?. ADUN Tanah Rata menjawab ringkas "dari media Cina". Wakil kerajaan itu seterusnya menjawab bahawa beliau sendiri menghubungi Menteri Pelancongan dan Kebudayaan yang ketika itu sedang berada di Arab Saudi menpromosikan Malaysia, beliau bertanya tentang benarkah Mohd Nazri pernah mengeluarkan kenyataan bahawa Cameron Highlands sudah tidak selamat berikutan banjir lumpur dan tanah runtuh baru-baru ini. 

“Tidak ada, apakah gila ke saya nak kata begitu” jawab Mohd Nazri kepada soalan Wakil Kerajaan. Beliau juga turut menafikan pernah mengeluarkan kenyataan bahawa Sabah tidak selamat dikunjungi. Perkara ini menarik perhatian YAB Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaakob Menteri Besar Pahang dan menasihati supaya berhati-hati dan tidak mudah cepat percaya dengan sebarang kenyataan yang dikeluarkan sebagai contoh isu kebanjiran 30,000 pendatang asing di Cameron Highlands yang sebenarnya tidak tepat faktanya.


0 comments:

share2