Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, February 26, 2014

PEMANDU TEKSI TERMINAL SENTRAL KUANTAN KECEWA




Kuantan - Terminal Sentral Kuantan, terminal bas intercity di bandar Indera Mahkota telah beroperasi sejak beberapa bulan lalu setelah berpindah dari lokasi lama di Terminal Makmur. Selain dari ditenggelami air ketika banjir dulu, ianya juga menimbulkan rungutan para pengusaha teksi berikutan pendapatan mereka yang tidak setimpal.

Ketika saya tiba di terminal kira-kira jam 1.00 tengahari, hampir sejam saya perhatikan pergerakan teksi-teksi berkenaan namun segalanya bergerak amat perlahan. Kira-kira 20 buah teksi masih tersadai tidak menerima penumpang.

Alasan bahawa bas Rapid Kuantan memberikan khidmat yang lebih murah dan efisyen kepada penumpang dan menjadi saingan tentunya tidak boleh diterima kerana pasti ada pelanggan yang akan mencari alternatif pengangkutan awam lain selain bas.

Dari risikan dan perbualan kami dengan pemandu-pemandu teksi berkenaan, ada beberapa perkara perlu diperbaiki oleh pihak MPK sendiri selaku pemunya terminal dimana pemandu teksi berkhidmat dibawah naungannya.

Pemandu teksi yang beroperasi di Terminal Sentral Kuantan dikenakan bayaran RM100.00 sebulan oleh MPK, namun kecewa kerana ada sebilangan pemandu teksi yang tidak berdaftar serta pemandu 'kereta sapu' yang beroperasi sebagai 'ulat' berleluasa mencuri pelanggan menyebabkan pendapatan mereka terjejas tanpa apa-apa tindakan dari pihak MPK sendiri.

Pihak penguatkuasa MPK sepatutnya menghalang dan membenteras kegiatan berkenaan namun mereka tidak mampu melakukannya. "Apakah penguatkuasa tidak lagi punya kuasa atau kuasanya tidak dapat melebihi kuasa yang ada pada 'ulat' teksi itu sendiri" - tanya seorang jurucakap pemandu teksi berkenaan.

Terminal Senteral Kuantan ini sendiri mesti diceriakan lagi dengan menjadikannya sebagai sebuah destinasi dengan menawarkan tarikan untuk membuatkan pelanggan dan penduduk sekitar ingin datang kesini. Antaranya pusat beli-belah, restoran makanan masakan panas serta kemudahan seperti bank dan lain-lain. 

Jikalau Terminal Sentral Kuantan ini mampu dijadikan sebagai pusat sehenti sudah tentu bilangan pengunjung dan pelanggan akan bertambah ramai dan dalam masa sama akan memberikan faedah kepada pemandu teksi dan peniaga disini. Bagaimanapun, kegiatan 'ulat' teksi yang ada antaranya datang dari luar Kuantan mesti dibendung oleh pihak MPK dengan serius tanpa tolak ansur bagi memberi keyakinan kepada pemandu-pemandu teksi yang bernaung dibawah mereka.

Selain itu, pemandu-pemandu teksi juga mestilah lebih berdisiplin dan meningkatkan mutu perkhidmatan mereka dengan menawarkan kenderan yang bersih serta sikap yang ramah mesra.










0 comments:

share2