Kuantan - Timbalan Perdana Menteri TS Muhyiddin Yassin tiba di Kuantan tengahari tadi dan bersolat Jumaat di Masjid di Kem Batu 10. Selesai solat Jumaat beliau terus ke Wisma Sri Pahang untuk mendengar taklimat banjir di Negeri Pahang.
Hampir jam 4.00 petang TPM diiringi Menteri Besar Pahang melawat Pusat Pemindahan Banjir di SUKPA. Beliau meluangkan masa beramah mesra dengan mangsa banjir serta menanyakan keadaan dan permasalahan yang mereka hadapi. Sebelum berangkat meninggalkan SUKPA, beliau mengadakan sidang akhbar ringkas.
Beliau menyatakan bahawa persediaan bekalan menghadapi banjir di Pekan akan dilaksanakan segera seperti diputuskan dalam perbincangan sebelumnya dan disimpan di Pusat Pemindahan supaya apabila berlaku banjir, bekalan yang diperlukan sudah ada tersedia. Manakala bekalan di Kelantan akan disimpan dalam jumah yang lebih besar umpamanya untuk selama 5 hari bagi memudahkan dan mengelakkan urusan pengangkutan yang berulang-ulang.
TPM berpuashati dengan persediaan serta usaha membantu mangsa banjir di Pahang. Bagaimanapun beliau mengingatkan kepada semua pihak agar sentiasa bersiap sedia dan mematuhi arahan dari pihak berkuasa dan berpindah dengan segera apabila diarahkan. Pihak Kerajaan sentiasa akan menjaga kebajikan dan keselamatan mereka. Di pusat-pusat pemindahan, kerajaan menyediakan doktor-soktor untuk memastikan tahap kesihatan mangsa terutama bayi dan kanak-kanak diberikan perhatian utama.
Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri atas usaha yang memastikan keadaannya terkawal.
0 comments:
Post a Comment