Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, December 19, 2014

RUMPUT MIANG MEXICO DIKESAN DI PAHANG





Kuantan - Rumpai miang Mexico yang sebelum ini tumbuh di Perak, Kedah, Negeri Sembilan dan Selangor kini turut dikesan di tiga daerah di negeri ini. 

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Datuk Shafik Fauzan Sharif berkata rumpai liar itu dikesan tumbuh di Bentong, Jerantut dan Raub.

"Kita dapati rumpai miang Mexico ini tumbuh di tepi-tepi longkang, kiri dan kanan jalan dan sekolah serta masjid.

Rumpai miang mexico ini dikategorikan sebagai perosak berbahaya.


"Sehubungan itu, kita telah meminta kerjasama pegawai daerah yang berkenaan, majlis daerah, pihak sekolah serta pihak yang terlibat untuk menghapuskan tumbuhan itu," katanya dalam sesi penggulungan sidang Dun kali ke-13 di sini semalam.

Rumpai miang Mexico atau nama saintifiknya 'Parthenium Hysterophorus' adalah sejenis tumbuhan liar berasal dari beberapa negara di Amerika Selatan dan Utara.

Ia kemudian telah tersebar ke Asia dan dilaporkan berbahaya kerana boleh memberi kesan teruk kepada ekosistem semula jadi.

Shafiq berkata, tumbuhan itu agak sukar dihapuskan dan cepat membiak. "Satu pokok boleh menghasilkan 100,000 biji benih dan ia boleh kekal selama 10 tahun dan bijih benih di dalam tanah mampu bercambah bila keadaan kondusif," katanya.

0 comments:

share2