Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, December 19, 2014

KUANTAN: 'BLACK WATER' PRODUK BAHARU PELANCONGAN PAHANG




Kuantan - Kerajaan Negeri Pahang akan mempromosikan kawasan hutan paya gambut dikenali 'Black Water' seluas 160,000 hektar di Bebar, Pekan dekat sini sebagai produk pelancongan terbaru di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan dan Pelancongan negeri, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin berkata, kawasan itu dikenal pasti berpotensi besar untuk menjadi tarikan baharu pelancong dan pelbagai usaha sedang dilakukan untuk memperkenalkannya.

"Kita telah mengadakan lawatan pengenalan kepada agensi pelancongan dan media bagi memperkenalkan lokasi itu dan lawatan teknikal bagi mengenal pasti keperluan infrastruktur asas untuk kemudahan menjalankan aktiviti di kawasan itu," katanya pada persidangan Dun kali ke-13 di sini semalam.

Katanya, beberapa kemudahan asas perlukan di kawasan itu telah dikenal asti untuk dibina antaranya jeti, laluan lasak atau 'off-road', kemudahan wakaf, bekalan air, perkhidmatan pemandu pelancong dan tapak perkhemahan.

Beliau berkata, kerajaan akan memberi keutamaan terhadap cadangan pembinaan jeti di Kuala Sungai Nenasi dan Runchang dan peruntukan untuk melaksanakan projek itu akan dipohon melalui Kementerian Pelancongan dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11).

0 comments:

share2