Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, December 19, 2014

PESTA 'TETAK IKAN', REZEKI MUSIM TENGKUJUH


Umpama berperang di dalam air, penduduk menangkap ikan dengan cara tetak guna parang.


Pasir Mas - Di sebalik cerita sedih kediaman ditenggelami banjir, musim tengkujuh turut memberi rezeki kepada penduduk di negeri ini.

Seperti di Kubur Tok Panjang, penduduk Kampung Atas Pinggir di sini, hari ini, tidak ketinggalan menyertai aktiviti yang disebut sebagai pesta tetak ikan.

Pesta tetak ikan ini adalah aktiviti penduduk yang menangkap ikan dengan cara menetaknya menggunakan parang.

Beberapa orang akan turun ke kawasan air sambil memegang parang dan mereka akan memerhatikan ikan di dalam air tersebut.

Apabila melihat kelibat ikan, sepantas kilat parang dihanyun ke dalam air hingga kena pada ikan.

Namun semuanya bergantung kepada rezeki dan kemahiran masing-masing, ada yang memperoleh ikan yang terputus dua dan ada juga yang hanya sekadar mencincang air.

0 comments:

share2