Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, December 19, 2014

PAHANGKU MEDIA SERTAI LAWATAN PAMERAN TUDM DI SABAH


Peserta tiba di Pengkalan Udara Labuan


Subang, 18 Disember - Rombongan seramai 20 orang penggiat media dari Semenajung Malaysia diterbangkan ke Kota Kinabalu, Sabah dan dijangka akan bersama lebih 20 orang lagi pengiat media dari Sabah sendiri bagi melihat dengan lebih dekat demo dan pameran yang diadakan oleh TUDM di Tawar pada pagi esok (19 Disember). 

PahangKu Media juga turut menghantar 3 wakil bagi menyertai program berkenaan.

Peserta berkumpul di Pengkalan Udara Subang sejak awal pagi dan berlepas dengan pesawat TUDM C130 kira-kira jam 8.00 pagi dan tiba di Pengkalan Udara Labuan hampir 3 jam selepas itu. Peserta berpeluang berehat seketika sambil melihat sekitar pengkalan berkenaan sebelum meneruskan semula perjalanan ke Kota Kinabalu.

Tiba di Pengkalan Udara Kota Kinabalu (KKIA-2) kira-kira setengah jam kemudian dan dibawa ke penginapan di Kem 5 Brigade Lok Kawi. 

Selepas sesi taklimat, peserta dibenarkan berehat seketika sebelum dibawa melawat sekitar Kota Kinabalu dan makan malam di Dataran Todak.

Esok, peserta dijangka akan berlepas ke Tawau, di lokasi demo dan pameran TUDM seawal 7.00 pagi dan dijangka bertolak balik ke Kota Kinabalu selepas tamat acara yang dijangkakan kira-kira jam 11.30 pagi. 

Penerbangan pulang ke Subang dijangka pada pukul 1.00 tengahari esok.



Keadaan didalam pesawat C130


Pengalaman menarik menaiki pesawat Angkatan Tentera

Makan tengahari dan makanan ringan turut disediakan didalam pesawat


Wakil PahangKu Media bergambar sebaik tiba
di Pengkalan Udara Kota Kinabalu


0 comments:

share2