Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, December 18, 2014

KUANTAN: AKTIVITI DI HUTAN SIMPAN PAHANG TERKAWAL


Datuk Seri Adnan Yaakob


Kuantan - Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, aktiviti pengusahasilan di dalam hutan simpanan kekal (HSK) di Pahang adalah terkawal menggunakan konsep pengurusan hutan secara berkekalan. 

Katanya, mengikut konsep tersebut, sistem yang digunakan adalah pengurusan tebangan secara terpilih. 

"Antara regim yang dilaksanakan di bawah sistem berkenaaan ialah pelaksanaan untuk inventori hutan selepas tebangan yang dijalankan dua hingga lima tahun selepas diusahakan yang mana pada tahun lepas, seluas 3,623.56 hektar kawasan telah dibalak di bawah inventori tersebut," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Wan Kadri Wan Mahusain (BN-Bukit Ibam) di persidangan Dun Pahang ke-13 di Wisma Sri Pahang di sini, hari ini. 

Adnan berkata, hasil inventori tersebut juga mendapati seluas 888.95 hektar kawasan perlu dijalankan rawatan tanaman mengaya dengan jarak tanaman yang bersesuaian. 

Selain itu katanya, tanaman anak benih turut dilaksanakan di kawasan terbuka seperti lorong-lorong penarik hutan dan matau-matau kayu sementara dalam kawasan lesen mengambil hasil hutan.

0 comments:

share2