Kota Bharu - Pejabat Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) menyita pelbagai barangan bernilai RM14,055 dalam Ops Bongkar sepanjang Januari hingga November di sekitar negeri ini.
Timbalan Ketua Penguat kuasa, Mohd Hanizam Kecik berkata, operasi itu turut disertai penguat kuasa PPDNKK dari Kota Bharu, Pasir Mas, Tanah Merah dan Kuala Krai bagi memantau peniaga di negeri ini yang melakukan penipuan dalam urusan jual beli dan mengenakan tindakan kepada pihak yang tidak mengikut peraturan ditetapkan.
“Di Kota Bharu hari ini (semalam), lima lokasi menjadi tumpuan kita dan 27 premis diperiksa.
“Kes disiasat di bawah kesalahan Peraturan-peraturan Perihal Dagangan (Harga Jualan Murah) (Pindaan 2010),” katanya.
0 comments:
Post a Comment