Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, December 1, 2014

BERA: ENAM TUKANG URUT WANITA DITAHAN


Kuantan - Polis menahan enam wanita warga asing dan seorang lelaki tempatan di sebuah pusat rawatan refleksologi dan urutan badan di Taman Desa Aman, Triang dekat Bera, semalam.

Ketua Polis Daerah Bera Deputi Superintendan Zul Haizal Zainal Abidin berkata kesemua wanita itu merupakan warganegara Thailand berusia 20 hingga 30-an.

Katanya, lelaki tempatan berusia 30-an itu pula dipercayai pelanggan premis terbabit dan ketika ditahan dia sedang diurut salah seorang wanita terbabit.

Beliau berkata kesemua wanita berkenaan dipercayai tidak mempunyai dokumen perjalanan sah semasa diserbu polis pada 6.30 petang itu.

"Polis turut merampas beberapa peralatan yang digunakan dalam aktiviti mereka, antaranya minyak urut, losyen badan serta wang tunai RM80," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Menurutnya kesemua mereka ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Bera untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39(b) Peraturan Imigresen 1963.

0 comments:

share2