Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, December 2, 2014

NELAYAN DIDAKWA MILIKI DADAH


Tertuduh (kiri) keluar dari lokap mahkamah untuk dihantar ke penjara sementara kes disebut semula


Kota Bharu - Seorang nelayan berdepan hukuman penjara seumur hidup selepas didakwa atas dua tuduhan memiliki dadah di mahkamah sesyen, di sini, semalam.

Tertuduh, Mohd Khairul Sukri, 30, didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Kampung Perupok, Bachok, pada jam 10 pagi, 12 November lalu.

Dia bagaimanapun mengaku tidak salah di hadapan Hakim, Mohd Yusoff Yunus.

Berdasarkan tuduhan pertama, tertuduh didakwa memiliki 12 gram dadah jenis heroin, manakala tuduhan kedua, dia didakwa memiliki 20.1 gram dadah jenis metamphetamine.

Dakwaan dibuat mengikut Seksyen 39A(2) yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun dan boleh dikenakan sebat tidak kurang 10 kali. Bagi tuduhan kedua tertuduh didakwa mengikut 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Susulan penafiannya, Timbalan Pendakwa Raya negeri Asmah Azahari memohon tarikh sebutan untuk pengurusan dan tidak menawarkan jaminan terhadap tertuduh.

Kes didengar semula 5 Januari tahun depan dan tertuduh ditahan sehingga kes disebut semula.

0 comments:

share2