Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, December 22, 2014

NAJIB: DASAR-DASAR BAIK MEMIHAK KEPADA MALAYSIA


Najib Tun Razak - Foto Bernama


Kuala Lumpur - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kemajuan Malaysia bergantung bukan sahaja kepada dasar-dasar baik negara tetapi juga kepada sokongan orang ramai terhadap dasar itu.

Beliau berkata, atas sebab itulah beliau tertarik dengan apa yang disebutkan oleh Pengarah Bank Dunia bagi Asia Tenggara, Ulrich Zahau, dalam satu temu bual dengan BBC baru-baru ini.

Beliau menarik perhatian kepada kenyataan Zahau yang merujuk kepada dasar-dasar nasional Malaysia yang berkesan dalam merapatkan jurang pendapatan dan ekonomi negara akan terus berkembang selagi rakyat Malaysia terus berbelanja.

Ini terkandung dalam catatan terbaharu Najib menerusi laman Facebook beliau yang turut memautkan klip wawancara itu yang menyaksikan Zahau ditemu bual oleh Jennifer Pak dari BBC.

Semasa sesi itu, pegawai kanak Bank Dunia itu berkata, penduduk berpendapatan rendah yang 'beraspirasi' telah membantu memacu pertumbuhan ekonomi negara melalui penggunaan.

"Saya rasa sejarah baru-baru ini (telah menunjukkan bahawa), jika anda mahu, pengguna di Malaysia tidak dapat dihalang. Saya rasa pengajaran di sini adalah (penggunaan) menjadi penggerak bagi pertumbuhan ekonomi.

"Dan kami menjangka penggunaannya akan terus menjadi penggerak utama pertumbuhan ekonomi (untuk Malaysia)," kata Zahau.

Beliau berkata dari segi ketidaksamaan keseluruhan di Malaysia, faktor paling penting yang menjurus kepada ketidaksamaan itu ialah ketidaksamaan pendapatan.

"Pada masa ini, masih ada beberapa jurang, beberapa perbezaan, tetapi perbezaan ini adalah kecil," kata Zahau.

Menurutnya jurang itu telah menurun kerana Malaysia melaksanakan dasar-dasar tertentu.

Ketika ditanya mengenai kejatuhan harga minyak dan sejauh mana kesannya terhadap Malaysia, beliau berpendapat dalam jangka pendek, kesan terhadap baki fiskal sebenarnya bersifat 'positif'.

"Sebabnya ialah Malaysia baru sahaja memansuhkan subsidi minyak, jadi itulah yang menjadi kos dalam bajet (sebelum ini)," kata Zahau.

"Dalam jangka sederhana, mungkin ada juga kekurangan pendapatan yang akan menyebabkan Petronas, sebagai contoh, mungkin membayar dividen yang lebih rendah walaupun ini merupakan keputusan dasar bagi kerajaan untuk membuat keputusan," kata beliau.

0 comments:

share2