Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, December 10, 2014

LELAKI TAK JADI DITELAN ANAKONDA


1






Menurut sumber berita luar negara, Paul Rosolie, 27, menyediakan kelengkapan terbaik seperti sut khas serta helmet sebagai langkah keselamatan ketika dibelit dan ditelan hidup-hidup haiwan tersebut.

Sayangnya, penonton yang teruja menonton rakaman tersebut, hampa kerana situasi tersebut langsung tidak berlaku, malah Rosolie tak sempatpun ditelan haiwan itu.



Malah, menurut portal berita luar negara, anaconda yang menjadi ‘pelakon utama’ dalam rakaman tersebut juga terpaksa diterbangkan khas kerana produksi itu gagal menemui seekor ular liar yang besar.

Pada mulanya, kru produksi tersebut dikerah untuk mencari anaconda sepanjang 26 kaki, namun akibat tak menjumpai reptilia sebesar itu, mereka terpaksa menggunakan anaconda tersebut yang hanya sepanjang 20 kaki.




Lagi mengecewakan penonton, ular yang dipropa bakal menelan Rosolie, hanya sempat mengigit helmet yang dipakai individu itu sebelum dia memanggil kru dan anggota keselamatan untuk menghentikan aksi tersebut.

Menurut satu sumber, Rosolie berbuat demikian kerana dia merasakan lengannya bakal patah akibt belitan kuat ular tersebut di sekeliling tubuhnya.








Menerusi laman sosial Twitter, ramai yang menghentam Rosolie serta Discovery Channel kerana menipu penonton kononnya lelaki tersebut bakal ditelan hidup-hidup.

Ada juga penonton yang mempertikaikan saiz ular tersebut yang lebih kecil berbanding saiz Rosolie yang bertambah besar setelah mengenakan sut keselamatan.

Malah, ada yang memuat naik gambar yang menyindir Rosolie kerana menggunakan judul rancangan ‘Eaten Alive’ untuk meraih jumlah penontonan tinggi.






Namun, untuk menyelamatkan dirinya dari terus dihentam masyarakat, Rosolie berkata, “Masyarakat menjangkakan saya telah ditelan hidup-hidup oleh ular. Mereka seperti terlupa, ini adalah percubaan untuk masuk ke dalam perut haiwan ganas itu, bukan satu janji.”

Sebenarnya, berasas juga kemarahan dari penonton yang merasa tertipu. Rancangan tersebut tidak sesuai dinamakan ‘Eaten Alive’ kalau sekadar memaparkan gigitan ular di helmet. Siapa tak panas kan?




0 comments:

share2