Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, December 23, 2014

KUANTAN: PINDAH SEBELUM PARAH

Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah walaupun dalam keadaan bertongkat akibat sakit kaki, masih meluangkan masa berjumpa rakyat yang menjadi mangsa banjir di Sekolah Menengah Padang dekat sini, malam tadi.
KUANTAN – Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menasihati penduduk di kawasan yang berisiko mengalami banjir agar segera berpindah ke pusat pemindahan sebelum keadaan menjadi bertambah buruk.

Baginda bertitah ia bagi memudahkan pihak dan agensi yang terlibat dalam urusan pemindahan.

“Saya ingin menasihat juga kepada semua penduduk secara langsung atau tidak langsung dalam soal pemindahan supaya dapat pindah secepat mungkin. Jangan sudah terdesak, baru nak pindah kerana ini boleh menyusahkan ramai pihak,” titah baginda kepada pemberita semasa melawat mangsa banjir di pusat pemindahan di Sekolah Menengah Kebangsaan Pandan di sini malam tadi.

Pusat itu menempatkan 545 orang terdiri 149 keluarga.

Baginda turut menasihati penduduk di pusat pemindahan supaya bersabar dan menerima segala keperluan yang disediakan kerajaan negeri.

“Saya percaya kerajaan negeri sedang berusaha untuk memberi segala keperluan yang mencukupi dan melakukan pengurusan dengan lebih teratur,” titah baginda.

Mangsa banjir di Pahang dilapor meningkat kepada 2,386 orang daripada 560 keluarga di lima daerah iaitu Kuantan, Pekan, Maran, Jerantut dan Lipis.

0 comments:

share2