Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, December 11, 2014

KUANTAN : BR1M 2015 - SEBULAN DISEMBER UNTUK MEMOHON DAN KEMASKINI PERMOHONAN



Kuantan – Program Bual Bicara anjuran JASA Pahang dan RTM Pahang yang disiarkan diradio Pahang FM setiap hari Isnin jam 4.00 - 5.00 petang memilih tajuk “Bantuan Rakyat 1 Malaysia 2015”. 

Tetamu yang diundang untuk membicarakan tajuk ini ialah Puan Alsmak Binti Abdullah, Pegawai Perhubungan Awam, Lembaga Hasil Dalam Negeri, Pahang. 

Program dimulakan dengan meminta para pendengar Pahang FM bersama-sama membaca AlFatihah untuk Ketua Pengarah JASA Malaysia Dato’ Fuad Bin Tan Sri Hasan yang meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan pada 8 Disember 2014 jam 12.20 malam, semoga  Allah mencucuri rahmat dan ditempatkan arwah di kalangan orang yang beriman dan beramal soleh. 

Puan Alsmak menjelaskan, Perdana Menteri YAB Dato’ Sri Najib Tun Razak telah mengumumkan BR1M 2015 semasa Pembentangan Bajet 2015 pada 10 Oktober 2015. Ini membuktikan kerajaan terus memberi komitmen untuk membantu meringankan beban tanggungan rakyat dan penambahbaikan bantuan disebabkan kenaikan kos sara hidup. Katanya, kadar BR1M 2015 ditingkatkan berbanding tahun lalu. 

Bagi isi rumah yang berpendapatan kasar bulanan RM3,000 ke bawah dinaikkan dari RM650 kepada RM950. Bagi isi rumah berpendapatan kasar bulanan RM3,001 hingga RM4,000 dinaikkan dari RM450 kepada RM750. Manakala bagi individu bujang berpendapatan kasar bulanan tidak melebihi RM2,000 dinaikkan dari RM300 kepada RM350. 

Beliau menasihati orang ramai supaya segera membuat permohonan BR1M bagi permohonan baru dan mengemaskini permohonan kerana tempoh kemaskini hanya sebulan sahaja iaitu bermula 1 Disember hingga 31 Disember 2014. 

Jelasnya lagi, orang ramai boleh mengemaskini dan membuat permohonan baru secara online melalui talian http://ebr1m.hasil.gov.my dan secara manual dengan mengisi boring BK-01A (1/2015) yang boleh didapati secara percuma. 

LHDN Cawangan Kuantan telah menyediakan kaunter e-br1m dan kaunter bagi borang manual di Menara CDO Jalan Tanah Putih Kuantan bermula jam 8.00 pagi hingga 5.30 petang pada hari bekerja, manakala pada hari Sabtu dan Ahad termasuk cuti umum (krismas) bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang. 

Orang ramai juga boleh membuat urusan berkenaan BR1M 2015 di UTC Pahang bermula jam 8.30 pagi hingga 10.00 malam. Menurut beliau, masalah yang sering dihadapi LHDN berdasarkan permohonan yang lalu adalah maklumat yang diberi tidak tepat seperti pemohon salah mengisi alamat, nombor kad pengenalan dan akauan bank. 

Beliau juga menyeru orang ramai supaya mengemaskini maklumat, “pada tahun ini terdapat ruangan waris untuk Skim Khairat Kematian bagi menggantikan ibr1M. Pemohon perlu mengisi maklumat dengan betul bagi mengelakkan masalah ketika proses verifikasi dilakukan. Akaun bank mestilah akaun bank pemohon sahaja. Akaun bersama tidak dibenarkan” kata beliau.


0 comments:

share2