Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, December 11, 2014

AZMIN BIDAS BEKAS BOS DI TWITTER


Mohamed Azmin Ali


Shah Alam - Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali membidas pemimpin veteran PKR, Dr Syed Husin Ali melalui laman mikro Twitter berhubung penarikan gelaran Datuk Seri daripada Ketua Umum PR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, awal pagi ini.

Malam semalam, kira-kira jam 10.40 malam, Syed Ali menulis di Twitter menyentuh soal respons Menteri Besar Selangor itu berhubung perkara berkenaan yang disifatkan ‘tidak kena’.

“Dulu bila ditanya tentang gelaran Datuk Seri ditarik balik daripada Anwar, Azmin kata ‘no comment’.

“Sekarang ditanya lagi, dia kata terlalu sibuk. Tak kena!,” tulisnya.

Kira-kira dua jam kemudian, Azmin membidas kenyataan Syed Ali yang merupakan bekas Timbalan Presiden PKR itu dengan menulis, “kalau nak ikut selera ‘you’ (awak), semua tak kena.”

Sebelum ini, Azmin dilaporkan enggan memberi sebarang ulasan berhubung keputusan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menarik balik gelaran 'Datuk Seri' dianugerahkan kepada Anwar Ibrahim.

“Saya tak ada komen,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Skim Pembiayaan Perumahan Selangorku (Dana-Sel) konsep sewa dan milik, di ruang legar SUK, Khamis lalu.

0 comments:

share2