YB Dato' Norol Azali Bin Sulaiman (berbaju Putih, duduk),
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Tugas - Tugas Khas Negeri Pahang
melawat beberapa pusat pemindahan banjir sekitar Parlimen Paya Besar.
|
KUANTAN - Laporan terkini Info Banjir di Kuantan hari ini mencecah melibatkan seramai 2553 keluarga sudah pun dipindahkan ke Pusat Pemindahan Banjir.
Info dari laman media sosial Facebook Polis Pahang melaporkan sebanyak 35 buah Pusat Pemindahan sudah pun dibuka bagi menempatkan mangsa yang terlibat.
Setakat ini, sebanyak 70 buah kawasan perkampungan dan kawasan perumahan sekitar Daerah Kuantan terlibat dalam banjir yang turut melibatkan beberapa kawasan diseluruh Negara.
Turut dilaporkan dalam laman media sosial Polis Pahang, beberapa jalan telah pun ditutup kepada laluan kenderaan ringan yang menghubungkan beberapa kawasan.
Adalah dinasihatkan juga kepada mangsa banjir yang kini berpindah ke Pusat Pemindahan agar dapat menjaga kebersihan serta keselamatan diri masing - masing demi untuk keselesaan mereka.
Bagi mendapat sebarang maklumat yang sahih, sila lawati facebook Polis Pahang (Klik Sini)
0 comments:
Post a Comment