Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, December 29, 2014

JERANTUT : KERAJAAN AKAN NAIK TARAF PAM AIR BATU EMBUN




Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meluluskan peruntukan segera membeli pam baru bagi mengatasi masalah bekalan air bersih yang terputus sehingga menjejaskan seluruh penduduk di bandar ini, sejak empat hari lalu.

Najib berkata, Loji Batu Embun tidak dapat beroperasi berikutan muka sauk loji berkenaan ditenggelami air menyebabkan kira kira 80,000 penduduk bandar ini menghadapi kesulitan.

“Saya harap pembelian pam baru ini dapat mengatasi masalah dan kesukaran penduduk dengan segera. Saya turun padang untuk melihat sendiri kepayahan penduduk kerana kerajaan prihatin dan akan bantu sedaya upaya.

“Sebagai pemimpin, saya ingin tahu nadi setiap rakyat, berjabat tangan dengan mereka dan ingin tahu masalah mereka secara langsung,” katanya selepas meninjau sendiri loji air Batu Embun dekat sini, sebentar tadi.

Najib berkata, beliau akan menjelajah semua daerah di Pahang selepas ini bersama Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob.



Sumber

0 comments:

share2