Dalam keadaan menghadapi suasana bencana banjir, pengamal media sosial ingatkan agar jangan menyebarkan sebarang berita palsu atau berita yang tidak disahkan kebenarannya terlebih dahulu kerana itu akan mengakibatkan keadaan tidak tenteram kepada masyarakat.
Beberapa hari dahulu, pihak Polis dengan kerjasama SKMM mengesan 4 orang bagi membantu siasatan mengenai penyebaran berita palsu tentang kononnya bangunan Pusat Pemindahan banjir di Sekolah Manek Urai runtuh. (Baca Sini) Sudah tentu berita begini menimbulkan keresahan kepada rakyat terutama dalam menghadapi musabah.
Kami juga menerima masej whatsapp yang dipanjangkan mengenai banjir di Temerloh berbunyi begini: Orang2 kampung xxx diTemerloh terkepong banjir kehabisan makanan. Tolong mereka, mereka berkumpul dirumah no. xx kg xxx, Temerloh. Tolong hebahkan kepada yg berkenaan.
DS Mohd Sharkar Shamsudin Adun Lancang merangkap Ketua UMNO Bahagian Temerloh menghubungi kami dan menafikan kebenaran maklumat berkenaan. Hasil siasatan mendapati rumah berkenaan tidak terlibat banjir, bahkan mereka juga sepatutnya berpindah ke Pusat pemindahan yang disediakan jika terlibat banjir.
Semua Pusat Pemindahan sentiasa diberi pemantauan dan memastikan segala barang keperluan dan makanan mencukupi untuk semua mangsa. Barang-barang dihantar melalui udara ke pengkalan utama sebelum diedarkan termasuk dengan bot ke Pusat-Pusat Pemindahan yang ditetapkan.
Ada kalangan penyokong pembangkang yang dengan sengaja menyebarkan berita palsu demikian bagi menimbulkan perasaan tidak puashati masyarakat terhadap kerajaan dan dalam masa sama ingin menutupi kelemahan Ahli Parlimen yang diwakili pembangkang serta wakil-wakil rakyat pembangkang yang tidak kelihatan ketika banjir melanda.
0 comments:
Post a Comment