Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, December 1, 2014

DUDA TIGA ANAK, REMAJA DICEKUP


Kesemua yang ditahan disoal siasat termasuk kanak-kanak berusia 11 tahun dipercayai anak kepada duda berkenaan.


Alor Setar - Seorang duda tergamak membawa anak perempuannya berusia 11 tahun ke rumah tumpangan untuk bermadu kasih bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

Bagaimanapun, helah mereka terbongkar selepas sepasukan penguatkuasa Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) melakukan serbuan Ops Bersih kira-kira pukul 12.00 tengah malam sekitar bandaraya ini, kelmarin.

Ketika serbuan, duda tiga anak berusia 33 tahun itu bersama pasangannya, seorang jururawat peribadi berusia 27 tahun memaklumkan sudah berkahwin.

Namun, setelah pemeriksaan dilakukan, pihak Jaik mendapati mereka tiada sijil nikah yang sah dan mengubah status sebagai telah bertunang.

Penolong Pengarah Penguatkuasa Undang-undang, Syeikh Mohd Roshidi Mahmud berkata, pasangan tersebut memberikan alasan bakal berkahwin dan akibat kekangan kewangan ia terpaksa ditangguhkan.

“Mereka mungkin sudah lama bersekedudukan di situ apabila anak perempuannya itu mengaku sering mengikut ayahnya ke kawasan tersebut untuk berjumpa gadis itu.

“Difahamkan, gadis berasal dari Baling itu menyewa di kawasan terbabit sejak beberapa bulan lalu bersama pasangannya,” katanya.

Turut dicekup dalam operasi berkenaan adalah sepasang remaja berusia 19 dan 15 tahun yang juga anak penjawat awam.

Ketika serbuan, remaja perempuan bawah umur itu berada di dalam selimut di atas katil manakala remaja lelaki tersebut lengkap berpakaian.

Menurutnya, walaupun pasangan tersebut dicadangkan berkahwin namun mereka enggan berbuat demikian dengan alasan masih muda.

“Remaja perempuan itu bekerja sambilan di sekitar bandar raya ini dan sudah tidak bersekolah manakala pasangannya berniaga,” katanya.

0 comments:

share2