Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, December 17, 2014

BUDAK 4 TAHUN DAKWA DICABUL ABANG TIRI


kes cabul


Jitra - Seorang budak perempuan mendakwa dicabul abang tirinya di sebuah rumah di Tunjang, di sini, November lalu.

Mangsa berusia 4 tahun memaklumkan kepada bapanya bahawa kemaluannya disentuh abang tirinya yang berusia 19 tahun.

Difahamkan, mangsa tinggal serumah dengan suspek selepas bapanya berkahwin dengan ibu remaja terbabit.

Susulan kejadian itu, bapa kanak-kanak itu bertindak membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu, kelmarin.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superitenden Abd Rahim Abdullah berkata, pihaknya telah mengambil keterangan daripada kanak-kanak itu dan bapanya untuk siasatan.

“Mangsa kini dirujuk ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk pemeriksaan. Kita masih tunggu laporan doktor untuk mengetahui sama ada mangsa dirogol atau tidak,” katanya.

0 comments:

share2