Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, December 12, 2014

KUANTAN : BANTUAN RAKYAT 1 MALAYSIA ( BR1M ) - BAH.1





1. Apakah itu Bantuan Rakyat 1 Malaysia? Bantuan Rakyat 1 Malaysia atau lebih kenali sebagai BR1M adalah bantuan yang telah dijanjikan oleh YAB Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak. Bantuan ini sejajar dengan gagasan 1 Malaysia dan slogan ‘Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan’. Merupakan satu bukti kerajaan menunaikan janji dan bukan sekadar retorik semata-mata. 

2. Adakah BR1M diberikan kepada individu dan golongan terpilih sahaja?. BR1M diberikan kepada semua warga negara Malaysia yang layak mengikut syarat-syarat yang ditetapkan tanpa mengira kaum, warna kulit dan fahaman politik. 

3. Apakah tujuan BR1M diberikan kepada rakyat? Tujuan BR1M diberikan supaya dapat memberi bantuan kewangan kepada golongan sasar selepas kerajaan mula melaksanakan inisiatif Rasionalisasi Subsidi. Bantuan ini juga dapat meringankan beban tanggungan rakyat. 

4. Bilakah BR1M mula dilaksanakan? Bantuan Rakyat 1 Malaysia atau BR1M mula dilaksanakan pada Disember 2011 yang dikenali dengan BR1M 1.0. Jumlah bantuan yang diberikan sebanyak RM500 kepada ketua isi rumah. Bantuan ini memberi manfaat kepada seramai 5.2 juta isi rumah atau 79.5 peratus daripada keseluruhan isi rumah di negara ini. Pemberian ini melibatkan anggaran peruntukan sebanyak RM2.6 bilion. 





5. Bilakah BR1M 2015 diumumkan oleh YAB Perdana Menteri? BR1M 2015 telah diumumkan oleh Perdana Menteri YAB Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak merangkap Menteri Kewangan semasa pembentangan Bajet 2015 pada 10 Oktober 2014. 

6. Mengapa BR1M 2015 diteruskan dan kenapa kadar bantuan dinaikkkan? Satu komitmen kerajaan bagi membantu meringankan beban rakyat dan penambahan bantuan disebabkan kenaikan kos sara hidup. 


...bersambung/...

0 comments:

share2