Melawat mangsa banjir di Jerantut
Sejak sebelum berlaku banjir lagi, YAB Menteri Besar Pahang sibuk dengan persiapan menghadapi banjir yang sememangnya dijangka besar diluar dugaan pada tahun ini.
Apabila sahaja banjir melanda di beberapa kawasan di sekitar Kuantan, beliau mula sibuk melawat mangsa-mangsa dibeberapa Pusat Pemindahan yang dibuka.
Bermula dengan lawatan YAB Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara ke Kuantan baru-baru ini serta keadaan banjir di Pahang yang semakin meruncing membuatkan MB Pahang ini terus menerus melaksanakan tanggungjawabnya tanpa henti.
Beberapa kali beliau melawat kawasan-kawasan yang teruk terjejas dilanda banjir sama ada bersendirian ataupun sebagai pengiring.
DSD Adnan mengiringi Perdana Menteri baru-baru ini ketika dalam lawatannye ke Kuala Lipis, Jerantut dan Maran. MB Juga mengiringi lawatan Tengku Mahkota Pahang ke Jerantut untuk meninjau kawasan terjejas banjir di Ulu Tembeling dan persekitarannya.
Dulu mungkin kita tidak dapat mengetahui apa yang pemimpin kita lakukan kerana jauh dari pandangan, namun dalam era internet dan maklumat dihujung jari ini, kita dapat melihatnya secara meluas dan pantas dilaman-laman media sosial.
Kita percaya pemimpin kerajaan yang lain pun demikian juga sentiasa mencurahkan khidmat baktinya kepada rakyat dengan jujur dan ikhlas, cuma kadang kala kita juga terlepas pandang atau tidak menemui dimana maklumat mengenainya dimuatkan dilaman-laman media sosial.
Mengiringi TPM melawat pusat pemindahan di SUKPA Kuantan
Mengiringi PM melawat Jerantut
Mengiringi KDYMM Tengku Mahkota melawat Jerantut
Melawat Ulu Tembeling
Bersama Adun Tahan, Ketua Polis Pahang
serta Pegawai Daerah Jearntut
0 comments:
Post a Comment