skip to main | skip to sidebar
PORTAL PAHANGKU

(Sejak 3.11.2010, 4.30PM) Hantar maklumat dan artikel ke: editor.pahangku@gmail.com Tel/Fax: 09-5054180

Rangkaian Media Sosial PahangKu

  • Home
  • Ringkas
  • Eksklusif
  • Tempatan
  • Pelancongan & Sukan
  • Nasional
  • Global
  • Perspektif
  • Rencana
  • Karya
  • Infografik
  • Akhbar & Portal

Carian Artikel

Galeri PahangkUTV

Galeri PahangkUTV
Klik Ke Video galeri

Tuduhan Rasuah: MB Pahang lapor polis

MB Jawab Isu Ikan Belanak Mati

PORTAL BENCANA

PORTAL BENCANA

Meteorologi Malaysia

Meteorologi Malaysia

JPS Pahang

JPS Pahang

Pengurusan Air Pahang Berhad

Pengurusan Air Pahang Berhad

MAJLIS PERBANDARAN KUANTAN

MAJLIS PERBANDARAN KUANTAN

Yayasan Pahang Page

https://www.facebook.com/yayasanphg?fref=ts

komen

Iklan

.

Tuesday, November 18, 2014

TINDAKAN TEGAS TERHADAP PATI CAMERON HIGHLANDS

at 10:00 PM
Posted by editor


PUTRAJAYA 17 Nov. – Ketua Pengarah Imigresen yang baharu, Datuk Mustafa Ibrahim bertekad tidak akan bertoleransi terhadap pihak yang terlibat dengan mana-mana kegiatan membabitkan pendatang asing tanpa izin (PATI) di Cameron Highlands.

Tegas beliau, isu kebanjiran PATI yang kian kritikal kebelakangan ini menjadi antara fokus utama beliau dan baginya, pengalaman menge­tuai Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) sebelum ini antara kelebihan untuknya membantu menangani isu itu.

Menurutnya, Jabatan Imigresen kini menjalankan risikan serta pemantauan di Cameron Highlands dan pihaknya bersedia bertindak terhadap PATI pada bila-bila masa.

“Jabatan Imigresen tidak bersendirian dalam menangani ma­salah berkenaan, malah operasi (membanteras PATI) turut melibatkan kerjasama pelbagai pihak termasuk Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan agensi-agensi kerajaan lain.

“Kepada pihak yang terlibat, anda harus waspada kerana Jabatan Imigresen tidak mengira siapa individu terbabit, sekiranya mereka terlibat dalam aktiviti PATI, kami akan segera bertindak,” katanya dalam sidang akhbar pada hari pertama memulakan tugas di Ibu Pejabat Jabatan Imigresen, di sini hari ini.

Utusan Malaysia dan Mingguan Mingguan menerusi pendedahan eksklusifnya sejak bulan lalu mendedahkan masalah kebanjiran PATI di Cameron Highlands, Pahang yang telah mencetuskan pelbagai implikasi di tanah tinggi tersebut terutama penerokaan tanah secara haram.

Mustafa turut menjelaskan, isu kebanjiran PATI di Cameron Highlands sebenarnya berpunca daripada pelbagai masalah termasuk yang melibatkan pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Jabatan ini bukan zon selesa bagi saya, ia satu cabaran berat. Saya akan meneruskan apa jua dasar serta langkah yang dilakukan pengurusan tertinggi sebelum ini, cuma mungkin kali ini fokusnya sedikit berbeza,” katanya.

Mustafa, 57, dilantik sebagai Ketua Pengarah Imigresen menggantikan Datuk Aloyah Mamat yang dilantik sebagai Ketua Pengarah Keselamatan Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri berkuat kuasa Jumaat lalu.


Sumber



Labels: Nasional

0 comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

share2


Tawaran Kursus Eletrik Di PSDC

Tawaran Kursus Eletrik Di PSDC

Kuala Sentul Dihati FM

Kuala Sentul Dihati FM

Belajar di Kolej PSDC

Belajar di Kolej PSDC

Klik ke Iklan

Klik ke Iklan

Facebook

PahangKu Fan Page

Promote Your Page Too

Arkib

10 Artikel Popular Seminggu

  • EBA: KERAJAAN PP PERLU PULANGKAN WANG RAKYAT
  • Lim Guan Eng Memegang DAP Sampai Mati ?
  • PRK DUN CEMPAKA PAS DICABAR 4 CALON BEBAS
  • TOK HIM: TIDAK SOKONG MAHATHIR KERANA ENGGAN GADAI MARUAH
  • ORANG RAMAI DILARANG BERHIMPUN ESOK
  • UMNO TUNJANG PERJUANGAN ORANG MELAYU DAN ISLAM” - TENGKU AZLAN ISTIHAR TINGGALKAN BERSATU SERTAI UMNO
  • MARAN : HARI BERKABUNG TIDAK WAJAR DIPOLEMIK
  • PEMANDU TEKSI MAUT DITIKAM DI LAMPU ISYARAT
  • ORANG ISLAM SERTAI ACARA SENTUH ANJING TIADA OTAK
  • KISAH BENAR 3 MADU
Copyright © 2011 PORTAL PAHANGKU. All Rights Reserved.
Magazine Basic theme designed by Themes by PahangkuMedia.com. Bloggerized by Free Blogger Template.
Powered by Blogger.