Wartawan Utusan yang melaporkan kenyataan sidang akhbar
Sidang Akhbar kontroversi 5 November 2014
Banyak pihak menyalahkan Menteri Besar Pahang konon beliau 'menghina' Utusan Malaysia ketika sidang akhbar berkenaan. Namum bagi sesiapa yang dekat dengan beliau dan selalu mengikuti sidang akhbar yang diadakan pasti merasakan bahawa itu adalah 'Adnan Yaakob' sebenarnya - nampak garang tetapi sangat mesra. Jika tidak, masakan sidang akhbar yang diadakan itu disulami dengan gelak ketawa.
Banyak juga pihak media yang mengambil kesempatan atas keadaan yang berlaku ketika ini untuk mencari populariti dan 'menghentam' Menteri Besar Pahang. Maka segala apa yang telah lalu semuanya diungkitkan kembali.
Blogger 'kecil' seperti Blogger Cucu Matkilau tidak usah bimbang disaman. Pastinya itu tidak akan berlaku kerana siapalah yang membaca blog beliau jika pengunjungnya hanya setakat 10 - 15 orang sahaja sehari.
Dari komen-komen di media sosial banyak pihak menuduh Menteri Besar Pahang ini seorang samseng serta garang. Itulah imej yang diberikan kepada beliau dengan niat memburuk-burukkannya. Maka ramailah dikalangan kita melihat dan percaya bahawa Menteri Besar Pahang adalah seorang samseng dan kita juga ikut mencemuhnya.
Dalam satu keadaan lain, apabila ada menteri-menteri pusat yang kelihatan lemah dan terlalu bertolak ansur dalam mengambil tindakan terhadap satu-satu perkara, kita dengan cepat melabelkannya sebagai menteri 'tidak bertelor'. Jadi, apa sebenarnya yang kita hendak? Yang berani dicaci dan yang lemah dihina?
Berapa ramai lagi kita ada pemimpin yang berani seperti Menteri Besar Pahang ini sekarang ini? Yang berani berhadapan dengan semua pihak dalam cuba mengatasi sebarang masalah dan kemusykilan rakyat. Yang berani menghadapi pembangkang secara berdepan untuk dicaci ketika kempen pilihanraya bagi memastikan kemenangan BN?
Sebenarnya yang akan lebih gembira jika DS Adnan Yaakob dijatuhkan adalah pihak pembangkang kerana usaha mereka menawan Pahang akan jadi lebih mudah lagi. Dalam keadaan pusat kehilangan Pulau Pinang dan Selangor, telah lama kehilangan Kelantan, apakah kita juga rela kehilangan Pahang kepada pembangkang dalam PRU akan datang?
Orang Melayu terutamanya orang UMNO memang hebat terutama apabila 'bergaduh' sesama sendiri, namun apabila berhadapan musuh sebenar kita jadi penakut dan 'menikus'. Apabila ada pemimpin yang lemah kita keji namun kepada pemimpin yang berani, kita juga caci.
Apa sebenarnya yang orang Melayu dan orang UMNO nak?
~ Editor
0 comments:
Post a Comment