Kuala Lumpur - Perhimpunan Agung Umno 2014, yang akan melabuhkan tirai hari ini, disambung dengan perbahasan usul ekonomi oleh enam orang lagi perwakilan.
Ia akan disusuli dengan pembentangan dan perbahasan usul agama dan pendidikan oleh 15 perwakilan.
Seperti biasa, tumpuan 2,752 perwakilan Umno kali ini dan rakyat Malaysia di seluruh negara pada hari terakhir ini ialah penggulungan perbahasan oleh Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dan Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin.
Sesi penggulungan akan berlangsung pada sebelah petang.
Selain kedua-dua pemimpin tertinggi parti itu, ketiga-tiga Naib Presiden Umno iaitu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein juga akan berucap bagi menggulung perbahasan.
Turut dijadual menggulung perbahasan ialah Ketua Pergerakan Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan Ketua Pergerakan Puteri Umno, Datuk Mas Ermieyati Samsudin serta seorang wakil anggota Majlis Tertinggi Umno.
0 comments:
Post a Comment