Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, November 21, 2014

PEMOHON BARU BR1M BOLEH MOHON MULAI 1 DIS



Shah Alam - Pemohon baharu Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), boleh membuat permohonan mulai 1 Disember manakala penerima BR1M sedia ada diminta membuat pengemaskinian semula maklumat peribadi bagi memastikan proses berjalan dengan lancar.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Husni Mohd Hanadzlah berkata, untuk itu proses-proses tersebut akan berakhir pada 31 Disember depan.

“Semua pemohonan perlu melalui Portal Rasmi BR1M LHDNM di https//:ebr1m.hasil.gov.my; atau dengan menggunakan Borang Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2015 (BK-01); atau Borang Kemas Kini, dan dikembalikan ke mana-mana Cawangan/Pusat Khidmat Hasil/ UTC LHDNM atau pejabat Daerah.

“Sementara itu, bagi penerima BR1M sedia ada, kerajaan telah menghantar surat mulai 1 November lepas untuk meminta maklumat peribadi dikemaskinikan,” katanya.

Pada pembentangan Bajet 2015 baru-baru ini, kerajaan telah mengumumkan pemberian BR1M 2015 dan Skim Khairat Kematian (menggantikan i-BR1M). Kerajaan juga telah bersetuju untuk menaikkan nilai bantuan BR1M 2015 mengikut kategori isi rumah dan individu serta pendapatan.
Manakala, bagi Skim Khairat Kematian, bantuan sebanyak RM1,000 akan diberi kepada waris penerima BR1M 2015 di bawah kategori isi rumah dan warga emas.

Pemberian BR1M 2015 akan dibayar secara berperingkat sebanyak tiga kali setahun kepada penerima di bawah kategori isi rumah, manakala penerima kategori individu akan menerima bantuan sekaligus bermula 28 Januari 2014.

Pembayaran BR1M secara berperingkat ini diharap dapat membantu meringankan belanja bulanan dan merancang perbelanjaan isi rumah.

Secara keseluruhan, seramai hampir 6.9 juta penerima telah mendapat manfaat BR1M 2014.

Memandangkan masih lagi terdapat penerima yang belum membuat penunaian, kerajaan telah melanjutkan tempoh penunaian BR1M 2014 sehingga 30 November ini.

Penunaian boleh dilakukan di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh Malaysia.

Penerima hanya perlu mengemukakan kad pengenalan asal di kaunter BSN bagi tujuan pengesahan dan semakan.

Bagi Skim Pelindungan Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia (i-BR1M), perlindungan kepada Penerima BR1M kategori isi rumah adalah antara tempoh 1 Januari 2014 sehingga 31 Disember 2014.

Sehingga kini, sebanyak 16,540 tuntutan telah diluluskan.

Bagi tujuan tuntutan, waris boleh membuat tuntutan selewat-lewatnya pada 31 Mac 2015.

Tuntutan boleh dibuat dengan mendapatkan borang di laman sesawang www.malaysiantakaful.com.my atau menghubungi hotline i-BR1M di talian 03-27162716 atau email : i-BR1M@takaful-ikhlas.com.my.

0 comments:

share2