Tambun – Seorang pelajar perubatan cuba membunuh diri dengan di rumah sewanya di Taman Ipoh Impiana, di sini, malam kelmarin, dipercayai akibat kecewa melihat gambar teman lelakinya bersama wanita lain.
Dalam kejadian kira-kira jam 11.11 malam itu, wanita berusia 22 tahun yang berasal dari Seremban dikatakan mengurung diri dalam sebuah bilik dan duduk di balkoni sambil memegang pegang pisau dan gunting.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, tindakan wanita itu disedari rakan serumahnya yang bertindak menghubungi polis.
“Hasil siasatan mendapati wanita terbabit mempunyai teman lelaki yang dikenali lebih setahun yang lalu telah terlihat gambar bersama wanita lain.
“Pelajar terbabit menyewa di tingkat atas rumah dua tingkat terbabit sempat kunci pintu tetapi berjaya dipecahkan oleh rakan serumahnya lalu,” katanya di sini, semalam.
Menurutnya, anggota polis bersama bomba yang tiba di lokasi kejadian mengambil masa hampir 50 minit untuk memujuk menyerahkan senjata terbabit selain menenangkannya.
“Siasatan lanjut mendapati pelajar berkenaan telah ambil ubat penenang sejak dua bulan lalu. Pelajar terbabit dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk pemeriksaan lanjut.
“Bagaimanapun, tiada kecederaan berlaku pada dirinya dan keluarga pelajar terbabit telah dihubungi,” katanya.
0 comments:
Post a Comment