KUANTAN - Penantian lima tahun bagi tujuh sekeluarga di Kampung Ubai dekat sini berakhir selepas menerima rumah baru melalui Program Bantuan Rumah (PBR), Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.
Pemiliknya, Nazizah Yunan, 58, berkata, lebih 20 tahun dia bersama suami dan lima anaknya menumpang di rumah kakaknya, kira-kira 30 meter dari rumah baru.
Katanya, dia bertuah kerana mempunyai tanah pusaka yang membolehkan Giatmara membina rumahnya dan siap dalam tempoh kira-kira tiga bulan.
“Pendapatan kami sekeluarga hanya RM750 sebulan kerana suami tidak dapat melakukan kerja-kerja berat akibat masalah penglihatan dan kencing manis,” katanya.
Katanya, rumah tiga bilik dengan satu bilik air dan bilik mandi itu itu kini lebih selesa dan diduduki pada September lalu.
Majlis penyerahan kunci disempurnakan Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Datuk Shafik Fauzan Shariff di saksikan Pengerusi Giatmara Malaysia, Datuk Dr Jaujan Sambakong Pengarah GiatMara Pengarah GiatMara Pahang Sallehhoddin Abu Bakar.
Shafik berkata, sebanyak 200 unit rumah di bawah PBR di negeri ini diharap dapat disiapkan sepenuhnya akhir tahun ini.
Katanya, sebanyak 31 unit kini dalam proses pembinaan manakala 35 unit baharu dan 134 unit telah siap dibaik pulih.
Katanya, semua peruntukan sebanyak RM4.17 juta untuk pembinaan rumah itu disalurkan melalui Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.
Beliau yang juga Adun Inderapura berkata, kementerian turut menambah peruntukan sebanyak RM5.4 juta bagi membina 81 unit rumah baru dan membaik pulih sebanyak 196 unit rumah tahun depan.
0 comments:
Post a Comment